Pages

Thursday 23 February 2012

Terselamat dari mara bahaya.



Alhamdulillah syukur kepada Allah, kerana telah memberi kita peluang untuk merayakan satu parayaan yang sangat agung iaitu maulidurrasul. Saya berkesempatan menghadiri satu majlis marhaban ya Rasulullah yang diadakan di masjid Darul Abidin, kuching. Majlis ini merupakan anjuran pihak Yadim bersama masyarakat. Sejujurnya saya sangat bertuah dapat menghadiri majlis tersebut.

Antara perkara yang saya nanti-nantikan ketika majlis tersebut dimana terdapat tazkirah daripada Habib Mustafa  yang merupakan tenaga pengajar di Madrasah Islamiyyah. Satu perkara yang menjadi tarikan saya ketika mana Habib Mustafa memberi satu analogi berkenaan kasih sayang Rasulullah saw kepada umatnya. Berikut merupakan analogi yang dikemukakan oleh Habib Mustafa;

Pada suatu hari, sebuah keluarga pergi bercuti ke sebuah tempat peranginan. mereka melalui jalan yang sangat curam. Ketika dalam perjalanan, kereta mereka telah hilang kawalan yang menyebabkan kereta mereka jatuh ke dalam gaung, tetapi kereta mereka tersangkt di atas sepohon pokok. Sekiranya mereka tidak keluar dari gaung tersebut, kemungkinan mereka akan jatuh lebih dalam lagi ke dasar gaung yang mungkin boleh menyebabkan kematian. Alhamdulillah, terdapat seorang lelaki yang melalui jalan tersebut menjumpai mereka dan menolong menarik kereta mereka. Akhirnya, mereka berjaya diselamatkan.

Begitulah analogi yang dikemukakan oleh Habib Mustafa, yang sebenarnya analogi tersebut merupakan kasih sayang Rasulullah saw terhadap umatnya. Kita mengetahui bahawa tiada seorang pun di akhirat kelak yang mampu menolong kita melainkan Rasulullah saw. kita sepatutnya bersyukur dan berterima kasih kepada Rasulullah kerana baliaulah selama ini bertungkus-lumus untuk kebaikan kita semua sebagai umatnya. Apakah kita ini orang yang sombong yang tidak mahu berterima kasih kepada Rasulullah saw setelah mana baginda menolong kita daripada segala kesusahan? Begitu juga dengan analogi tadi, sekiranya keluarga tadi tidak berterima kasih kepada orang yang telah menolong mereka, apakah sikap tersebut yang sesuai dengan pertolongan yang diberikan. Sudah pasti bagi seseorang yang mengerti akan kebesaran pertolongan tersebut, pasti dia akan berterima kasih, mengasihinya, menyayaginya, mengasihi kawan-kawannya, mengasihi keluarganya dan menyukai akan kehidupannya. Begitulah yang sepatutnya kita dambarkan kepada Rasulullah saw dengan rasa cinta yang mendalam, kasih sayang, mengasihi keluarga baginda, menyayangi sahabat-sahabat baginda dan menyukai apa sahaja yang berkaitan dengan Rasulullah saw. Justeru, marilah kita sama-sama untuk menilai diri sendiri sejauh mana kita mempunyai rasa terima kasih kepada Rasulullah saw yang telah banyak menolong kita. Sama-sama kita memohon kepada Allah untuk ditingkatkan kecintaan kepada Baginda saw.