Alhamdulillah, semalam saya telah
menghadiri Kursus Pandangan Hidup Islam (KPHI) yang telah diadakan di Wisma
Wanita, Kuching. Kali ini, tajuk yang disampaikan agak berat tetapi sangat
bermakna dan bermanfaat. Selaku penganjur, saya dan beberapa orang rakan telah
menjadi pengiring kepada guru-guru yang akan menyampaikan tajuk dalam KPHI
tersebut. Bukan senang untuk bersama dengan para ilmuwan ini apatah lagi mereka
merupakan anak-anak murid terdekat Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas
yang merupakan ilmuwan terulung Melayu. Sepanjang bersama mereka, banyak input
yang baru dan sangat berguna. Sungguh tidak pernah terfikir, seusia muda
sekitar 20 ini saya telah banyak melalui pengalaman yang cukup bermakna. Ramai juga
ilmuwan yang telah saya jumpa dan dekati yang bukan bermaksud atas dasar populariti
tetapi atas dasar ilklim keilmuan.
(Dr. Zaidi
menandatangani buku beliau yang saya beli)
Usia muda sebeginilah yang
seharusnya untuk kita lebih mendekati para ulama dan ilmuwan dalan menganggapi
makna-makna kehidupan ini. Seperti biasa, apabila ilmuwan yang berkunjung ke Sarawak,
perkongsian ilmu secara langsung terhadap ilmuwan tersebut akan menjadi antara
agenda utama saya dan rakan-rakan tidak kira di mana sahaja.(selalunya dalam
kereta, ketika makan dan ketika berada di tempat tumpangan).
Malah, dalam usia yang sangat
muda ini saya telah diperkenalkan dengan buku-buku ilmiah yang sangat penting
terutamanya buku Budaya Ilmu satu penjelasan (Prof Wan Mohd Nor Wan Daud) pada
hemat saya buku yang banyak mempengaruhi kerangka pemikiran saya. Bahkan saya
berkesempatan menziarahi Prof. Wan Mohd.
Nor Wan Daud di CASIS, UTM ketika pengembaraan ilmu di sekitar KL beberapa
minggu yang lepas.
Mudah-mudahan pengembaraan ilmu
ini akan akan terus diusahakan dan
menjadi suatu yang sangat bermakna buat diri saya yang dambakan ilmu.
No comments:
Post a Comment